About

Dari Laptop : SB - The CEO of Gila Usahawan Dot Com


Hii!!.. Salam Sejahtera,.. 

Gila Usahawan Dot Com - Sini Tempat Orang Gila Usahawan, BUKAN Tempat Usahawan Gila.

Jika anda memang GILA hendak menjadi seorang usahawan, teruskan menjelajah blog ini. Pelbagai input yang berguna untuk anda, samaada untuk bakal usahawan atau yang telah menjadi usahawan.

Bagi orang yang baru berangan-angan hendak menjadi usahawan, di sini adalah tempat anda. Saya akan berkongsi cerita daripada usahawan kecil [tapi untung lumayan - sama macam gaji seorang pengurus syarikat, tapi tak pening kepala & pressure macam mereka], hinggalah ke usahawan besar yang boleh melangkau taraf jutawan.

Sudah pasti topik “hot” yang saya akan sentuh ialah bidang perniagaan di dalam pusat membeli-belah atau shopping complex. Kenapa hot? Sebab ramai yang mendapatkan khidmat nasihat saya berkenaan topik ini. Saya juga turut memberi consultancy kepada beberapa usahawan yang menceburi perniagaan Franchise. Maklumlah,. untuk mendapatkan franchise perniagaan, ia memerlukan modal yang amat tinggi. Purata pakej franchise ialah antara RM250,000.00 hingga RM500,000.00. Ada juga yang di dalam lingkungan RM150,000.00 ke bawah dan ada juga menghampiri nilai juta. Bukan sikit punya duit tu!..

Ya lah,.. 11 tahun saya di dalam Shopping Centre Management, banyak info dan pengalaman yang saya boleh kongsikan. Tambahan pula, saya pernah menjadi Pengurus beberapa pusat membeli-belah dari yang bertaraf “community shopping centre” hinggalah ke ”regional shopping centre” dan pernah menjadi Pengurus Operasi di Head Office dengan 12 shopping centre di bawah pengurusan saya.

Shopping Kompleks apa? Tak payah cakaplah,.. nanti kena bayar royalty pulak sebab guna nama mereka. ”Clue”nya ialah, syarikat mana yang ada banyak shopping centre, di situlah saya pernah bekerja. Bukan setakat mengurus bahagian operasi, tetapi turut serta di dalam pembukaan shopping centre yang baru, tenant management, leasing, car park management dan security and safety.

Banyak pengalaman manis saya di sana. Yang tidak boleh saya lupakan ialah dianugerah sebagai pekerja terbaik tahunan syarikat dan dihantar melancong ke Jepun secara percuma. Emm.,.. bestnya. Kalau anda ada peluang ke Jepun, jangan lupa pergi ke Disneyland. Gerenti best punya!!..

Kemudian saya menjadi pengurus di sebuah shopping kompleks yang terbesar di sebuah negeri di Semenanjung di bawah syarikat dari Singapura. Setelah 12 tahun bekerja, saya mula gila untuk menjadi usahawan. Memang gila. Mungkin, semasa bekerja saya banyak dikelilingi oleh para usahawan khususnya daripada peniaga peruncitan dari yang berjenama tempatan sehinggalah bertaraf antarabangsa. Cakap sahaja apa brand,.. Starbuck, Quicksilver, MNG, Adidas, Redbox, KFC, MC Donald, NafNaf,.. .. . (tak tertulis..)..

Maka saya nekad untuk berhenti kerja dan terus terjerumus ke dalam bidang keusahawan ini. Alhamdulillah, Syarikat saya dilantik menjadi pembekal tunggal untuk sebuah Koperasi Berhad, menyediakan perkhidmatan bagi letak kereta di sebuah Majlis Perbandaran, memiliki 2 tempat permainan kanak-kanak berbayar dan beberapa projek lagi.

Kegilaan saya di dalam keusahawanan ini terus menggila. Dan saya akan terus gila mencari peluang demi peluang, bukan hanya setakat untuk menampung perbelanjaan hidup, tetapi lebih kepada keseronokan dan kenikmatan. Walau pun kekadang untungnya tak seberapa, tetapi seronoknya, tuhan aje yang tahu. Betul ke seronok? Ya,.. sumpah.. Memang seronok. Gila babi bestnya!!..Ini yang menyebabkan saya terus gila dalam bidang keusahawanan ini. Atau memang aku dah gila??.. 

  • Name : SB aka Saari Baharom
  • Experience : 11 years in shopping centre management [7 years in Managerial Level, 2 years as Head of Shopping Centre Operation based in HQ], 2 years in retail industries and  2 years as entrepreneur (as at todate). 
  • Education : Degree
  • Personality : Simple, easygoing, friendly
  • Hobby : Gila Keusahawaan dan tengok keletah anak-anak membesar tapi kadang-kadang naik gila jugak dibuatnya..
  • Occupation : Usahawan
  • Status : Bujang 3, [satu quota dah penuh, anak 1+2 ; sbb yang kedua tu kembar]

Yang benar,

 

CEO - Gila Usahawan Dot Com