Benarkah Anda Dalam “Comfort Zone”??..
- 5 Comment

Ini adalah antara ayat-ayat yang saya terima samaada dari keluarga atau kawan-kawan semasa saya beritahu mereka yang saya hendak berhenti kerja.
Ayat 1 : “Kau gila ke? Gaji dah RMtutttt.. kau nak berhenti kerja?”
Ayat 2 : “Kau biar betul? Kau kan dah stabil kat syarikat tu. Pangkat pun dah besar. Apa lagi kau nak?
Ayat 3 : “Ehh.. kau ni buang tebiat ke?”
Ha.. yang ini pula kata-kata daripada abang saya sendiri, “Perbelanjaan bulanan kau besar, rumah nak bayar, kereta lagi, anak-anak lagi. Kau fikirlah betul-betul”. Itulah, antara kata-kata mereka apabila saya menyatakan hasrat hendak berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Kenapa mereka berkata begitu? Sebab mereka sayang pada kita. Anda pun nanti, kalau anda hendak berhenti kerja untuk menjadi usahawan, lebih kurang macam itu jugalah kata-kata yang anda akan terima. Stand-by ajelah.. . Tapi apa nak kisah!
Mereka merasakan bekerja atau makan gaji tu sesuatu yang selamat. Ada betulnya juga. Kita demam ke,.. kita sakit ke,.. kita cuti ke,.. hujung bulan tetap dapat gaji juga. Tambahan pula ia boleh dikatakan 90% pasti. Tiba-tiba hendak menceburi sesuatu yang belum pasti, sesuatu yang baru dan sesuatu yang berisiko memanglah sesuatu yang merisaukan. Tetapi, kalau kita tidak mula dari sekarang, bila lagi?
Itu ialah persepsi orang disekeliling kita. Mereka merasakan kita sudah di dalam “comfort zone” atau zon selesa. Kadang-kadang kita juga turut merasakan sedemikian juga. Semuanya selesa dan selamat. Ini yang menyebabkan kita takut hendak jadi seorang usahawan atau merubah dari apa yang kita ada sekarang. Takut untuk menyahut cabaran yang baru. Ada gaji tetap yang agak tinggi sikit, ada pangkat sikit (bukanlah besar mana pun macam saya dulu), sudah dianggap stabil, sudah dianggap berada dalam “zon selesa”. Ya.. memanglah selesa dari segi itu. Tapi hakikatnya adakah kita benar-benar selesa?
Ingat tak ayat ini dalam artikel saya sebelum ni,..“Aku kerja teruklah, pressure, bos nak tu - nak ni,.. kadang-kadang angin tak tentu pasal, hari-hari aku balik lambat. Dah lah balik lambat, kat jalan sangkut traffik jem pulak. Kat KL ni, pukul 8 malam pun jem lagi. Bulan-bulan banyak tu jugak aku dapat. Tension aku dibuatnya”..
Kadang-kadang mata kita hanya dikaburi dengan zon selesa apabila hanya melihat daripada segi gaji bulanan yang pasti kita dapat. Tapi, kita lupa bahawa setiap hari, 9 jam kita bekerja, kita tidak berada di dalam suasana yang kita inginkan. Kita kerap dalam keadaan tertekan, terkejar-kejar dengan date line, report itu – report ini kena buat, meeting itu – meeting ini kena hadir, masalah “politik” di pejabat lagi dan sebagainya.
Biasanya pukul 6 petang tidak boleh balik lagi. Pukul 9 malam kadang-kadang masih di pejabat lagi. Kerja semakin bertambah. Hari esok begitu juga. Lusa begitu juga, Tulat begitu juga. Dan begitulah seterusnya di hari-hari yang berikutnya. Mulalah merungut pasal masalah pejabat. (Harap-harap kat rumah tidak ada masalah lain pula, kalau tak lagi tension!!..). Adakah ini yang kita katakan zon selesa? Adakah kita selesa dengan keadaan sedemikian?
Bagi orang yang boleh menerima tekanan dan keadaan sebegitu tidak mengapalah. Tapi bagi yang tidak boleh menerimanya, perlu melakukan sesuatu. Kalau tak, boleh jadi gila dibuatnya. Jadi apa pilihan yang ada? Berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa (bagi yang perempuanlah), atau cari kerja lain (belum tentu masalah seperti di atas tidak akan berulang), atau mula memikirkan cara untuk anda bekerja sendiri, menjalankan perniagaan sendiri, menjadi seorang usahawan. Kini pilihan di tangan anda.
Bagi yang tidak tahu hendak bermula dari mana, yang kekurangan modal, yang ingin menjalankan perniagaan berisiko rendah, dalam artikel saya yang lepas “Kenapa Takut Hendak Jadi Usahawan”, saya ada memberi dua contoh model perniagaan yang boleh dicuba. Ada banyak lagi model-model perniagaan yang boleh anda usahakan, yang boleh anda sesuaikan dengan minat dan kecenderungan anda.
Selamat berjaya!!..

P.S : Saya bukan anti orang bekerja, saya hanya ingin mewujudkan alternatif untuk orang yang ingin berhenti bekerja.
P.P.S : “Ibu Mertuaku Yang Gila Darjat, Gila Pangkat!!..” Haa.. yang ini tajuk coretan saya yang akan datang. Tungguuuuu….
|
AMARAN KERAS : Sini Bukan Tempat Usahawan Gila |
5 Comments on this post
Trackbacks
-
Zulkhairie Khodir said:
Salam,
Gud writing! Keep on posting.July 6th, 2009 at 4:52 am -
deennasour KEMBALI said:
bukan di comfort zone, and tiada keberanian.
justeru itu, orang2 ini terus bekerja bekerja dan bekerja walaupun dlm hati nak berenti keje.jauh kat sudut hati nak bukak biznes la..
huhu.*orang itu aku. kakakakaka
July 7th, 2009 at 10:09 am -
SB said:
Alaa… boleh,.. plan betul-betul, insyaallah jadik.
Sebelum tu, set target dulu, apa yang anda nak sebenarnya. Takkanlah.. baru start business terus nak jadi jutawan.
Pasal cerita ni akan juga saya sentuh dalam artikel akan datang tak lama lagi.. (selepas artikel “Ibu Mertuaku Yang Gila Darjat”).
July 7th, 2009 at 3:02 pm -
amendvinfo said:
salam
Jika anda termotivasi untuk berhenti kerja & perolehi pendapatan dari keusahawan, anda perlukan satu planning yang lengkap. Biasanya saya akan berceritakan pasal ‘cash flow’ sebelum dan selepas berhenti kerja.
Jika anda masih bekerja, anda kena ada cash flow pendapatan vs perbelanjaan. ini membolehkan anda mengetahui perbelanjaan anda setiap bulan.
Dan jika anda ingin berhenti kerja & menjadi usahawan, mesti ada ‘cash flow’ yang lengkap, iaitu untuk menampung perbelanjaan ‘wajib’ anda setiap bulan disamping cash flow untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Biasanya saya akan beri advice untuk simpan tunai sebanyak 2 thn perbelanjaan. contohnya, jika perbelanjaan tetap/wajib anda sebulan RM1000, anda mesti ada CASH sekurang-kurangnya RM24,000 untuk tampung perbelanjaan tetap/wajib anda.
Dan sebab-sebab ini, ramai yang gagal menjadi seorang usahawan kerana kekurangan ilmu mengenai ‘cash flow’ ini. Ini pun berdasarkan pengalaman saya jugak!
So usahawan! berikan ‘full komitmen’ anda dalam perniagaan anda, jaga kewangan anda, selalu fikir akan ‘kegagalan’ untuk elakan ‘kegagalan’ tersebut, selalu updated info keusahawanan anda, terutamanya pesaing anda!
yang benar
amen ec
pantai dalam, KLJuly 15th, 2009 at 3:58 am -
takafulbsn said:
setuju sangat dengan artikel ni..
aku pun plan nak gila usahawan jugak. sekarang tengah siapkan bekalan. nak jadi usahawan pun tak boleh terus lompat mcm tu jer.
takut nanti jadi usahawan gila plak :p…July 21st, 2009 at 4:46 pm