Kenapa Gila Sangat Hendak Jadi Usahawan??..
- 6 Comment
Sebelum saya mula dengan topik baru kali ni, jangan lupa baca sedikit tips yang saya kongsikan di dalam tulisan saya sebelum ni bertajuk “Sini Tempat Orang Gila Usahawan, Bukan Tempat Usahawan Gila” (lihat perenggan ke-9). Tips tersebut amat berguna untuk bakal usahawan yang ingin melibatkan diri di dalam Perniagaan Franchise. Kenapa? Terdapat franchisee-franchisee mengeloh datang berjumpa saya mengadu masalah mereka. Sales tak bagus, nak bayar franchise fee lagi, pinjaman lagi, cost overhead dan macam-macam lagi. Jangan mudah terpedaya dengan franchisor!! Selidik dengan teliti dulu.
Ok,.. topik kali ni: “Kenapa Gila Sangat Hendak Jadi Usahawan? Best sangat ke??..”
“Ehh.. memang la best!!..”
Bagi mereka yang pernah bekerja terutamanya,.. mudah bagi mereka untuk memahami betapa nikmatnya bekerja sendiri, mengusahakan perniagaan sendiri, menjadi usahawan sendiri. Bukanlah bekerja dengan orang lain itu tidak bagus, tetapi bagi mereka yang ada naluri “gila keusahawanan” di dalam jiwa mereka, menjadi usahawan adalah satu kepuasan dan keseronokan.
Mana tidaknya, segala yang anda usahakan adalah untuk anda. Ya!.. Hasilnya terus kepada anda. Lebih anda usaha, lebih anda akan dapat hasilnya. Itu sebab orang Trengganu cakap “usahawan” ialah “Usahawang”, lebih anda usaha, lebih anda dapat wang (satu istilah yang tepat, he.. he.. ).
Jagi pendapatan anda, anda yang tentukan. Kalau bekerja, setiap bulan pendapatan anda adalah tetap sama. Macam saya dulu, slip gaji tak pernah buka, sebab dah tahu berapa RM ada di dalamnya. Jadi, seorang usahawan yang berjiwa besar, mereka boleh sampai ke tahap kebebasan kewangan. Setakat nak bayar
secawan kopi RM14.90 di Starbuck tu, selamba aje. Rumah, kereta jangan cakaplah. Paling sengkek pun Toyota Caldina, “tak gitu Master Yus!!“.
Selalu juga saya mendengar rintihan daripada rakan-rakan saya yang makan gaji berkata “Aku kerja teruklah, pressure, bos nak tu - nak ni,.. kadang-kadang angin tak tentu pasal, hari-hari aku balik lambat. Dah lah balik lambat, kat jalan sangkut traffik jem pulak. Kat KL ni, pukul 8 malam pun jem lagi. Bulan-bulan banyak tu jugak aku dapat. Tension aku dibuatnya”.. Inilah antara senario biasa yang kerap kita dengar.
Tak boleh disangkal, saya pun dulu makan gaji juga, saya pun pernah mengalaminya. Samalah tu. Sebenarnya bukanlah nak merungut tak tentu pasal, hanya sekadar nak melepaskan tension. Masa saya bekerja di sebuah Syarikat Berhad dulu, hendak menjalankan tanggungjawab saya pada kerja tu satu hal, nak melayan kerenah pengurus-pengurus ni lagi satu hal. Pengurus-pengurus ni pulak ada yang sudah jadi emak orang, bapa orang. Nak marah tidak tentu pasal pun tidak boleh juga. Ini belum masalah pelanggan dan tenants lagi. Sabar ajelah… .. .
Jadi, ada di antara mereka melarikan diri dari senario seperti di atas dengan menjadi usahawan. Jadi usahawan ni, bukanlah tak tension, bukanlah tak ada pressure, semua itu ada juga. Cuma bezanya, pressure itu kita “cipta” sendiri untuk mendatangkan hasil kepada diri kita. Kepuasannya ialah setelah kita bersusah-payah menjalankan perniagaan atau perusahaan kita itu, ia menghasilkan pendapatan seperti yang kita inginkan. Itulah kepuasannya.
Kita ambil satu contoh yang mudah,.. mmm… ok,.. katakanlah pengusaha kedai makan atau restoran. Pukul 4 pagi bangun pergi pasar borong. Pukul 6.30 pagi sudah mula masak menu nasi campur untuk hari tersebut. Pukul 8.00 pagi mula hendak melayan pelanggan sampailah ke malam. Perlu jaga kualiti makanan. Perlu jaga kebersihan. Perlu jaga khidmat pelanggan. Kalau tidak pelanggan lari. Pukul 10 malam baru hendak tutup kedai. Tapi tidak boleh balik lagi. Periuk dan pinggan-mangkuk kena basuh. Kedai kena dibersihkan dahulu, kalau tidak tikus dan lipas berpesta. Hasil kutipan perlu dikira. Itu-ini, itu-ini, pukul 12 malam juga baru sampai rumah. Esok pagi pukul 4 pergi pasar borong lagi. Begitulah rutin pengusaha restoran. Letih wo..
Walaupun penat, walaupun hanya tidur 3-4 jam sehari, mereka tetap puas. Puas melihat pelanggan datang menjamu selera dengan sedapnya. Puas melihat ada pelanggan yang kini menjadi pelanggan tetap mereka. Puas apabila pelanggan memuji masakan mereka. Puas apabila pelanggan suka dengan service mereka. Emm,.. sudah tentu merasa puas apabila melihat hasil pendapatan mereka. Mereka juga pressure. Mereka juga tension. Mereka juga letih. Tetapi mereka merasa puas dan seronok. Itulah nilai kenikmatan sebagai seorang yang gila keusahawan.
Satu lagi perkara yang menarik sebagai seorang usahawan ini ialah masa bekerja anda. Masa bekerja anda,. anda yang tentukan. Anda tidak terikat dengan masa bekerja 9 pagi-6 petang. Datang lambat pun tidak ada orang marah. Tapi janganlah ponteng hari-hari. Biasanya, kalau sudah dipanggil gila usahawan, apa sahaja yang anda buat itu menyeronokan. Balik pukul 12 malam pun tidak merungut (seperti kisah usahawan kedai makan tadi). Dan anda boleh rancang sendiri perjalanan syarikat anda. Kalau anda rasa hendak cuti seminggu, anda hanya perlu merancang dengan para pekerja anda agar operasi syarikat anda terus berjalan seperti biasa walaupun anda sedang melancong di Amerika Syarikat (oops,.. jangan pergi sekarang, H1N1). Jadi masa di tangan anda.
Sebagai seorang usahawan, anda juga boleh menggunakan kreativiti anda sepenuhnya untuk menjayakan syarikat anda. Anda tidak terikat dengan polisi-polisi tertentu yang kadang-kala menjadi satu kekangan kepada anda. Anda boleh menggunakan kebolehan dan pengalaman anda semaksimum yang mungkin. Semuanya ditangan anda. Itu yang seronok tu. Jadi, uji skill anda sekarang,.. ok ke tak.
Baiklah, kali ini saya ingin memberi satu PERINGATAN PENTING kepada kita semua yang gila usahawan. Berhati-hati dengan mana-mana koperasi atau syarikat yang kononnya mewakili Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang boleh membantu mendapatkan kemudahan pinjaman.
Dalam satu kes baru-baru ini, PUNB telah mengenal pasti sebuah koperasi menggunakan akronim PUNB sebagai sebahagian daripada namanya dengan mengedarkan brosur dan risalah menyediakan kemudahan pinjaman kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Peminjam yang berminat dikehendaki membayar sejumlah yuran tertentu. Jadi jangan mudah terpedaya.
Dapatkan maklumat yang betul dan tepat dari PUNB sendiri. Jika anda berminat hendak mengetahui skim pembiayaan PUNB, anda boleh menghadiri TAKLIMAT PERCUMA setiap hari Isnin, pukul 10.00 pagi di alamat berikut: Pejabat PUNB, Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral, Kuala Lumpur. Anda juga boleh menghubungi PUNB ditalian 03-2785 1515 / 03-2785 1477 / 03-2785 1577.
Teruskan menggilai dunia usahawan bersama kami.

P.S : Perniagaan merangkumi 9/10 punca rezeki. Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan.” (Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na’im ibn Abdurrahman)
P.P.S : “Kenapa Takut Hendak Jadi Usahawan?” Yang ni tajuk akan datang. Nanti jangan lupa baca ye..
|
AMARAN KERAS : Sini Bukan Tempat Usahawan Gila |
6 Comments on this post
Trackbacks
-
Jenny said:
Pretty nice post. I just came across your site and wanted to say
that I’ve really liked reading your posts. In any case
I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!June 24th, 2009 at 3:54 am -
SB said:
Thanks.
More will be coming soon. You will be more crazy after you read these “crazy” piece of writing. He.. he..
June 24th, 2009 at 4:29 pm -
kisahsensasi said:
info yang bagus …. ada masa nanti boleh gak dengak taklimat PUNB tu….
June 25th, 2009 at 6:03 am -
SB said:
Kalau nak buat pinjaman, pergilah jumpa PUNB, JANGAN jumpa along. Nanti ada yang kena gari dalam jamban,.. gila korang dibuatnya.
June 25th, 2009 at 11:36 am -
jai@jaigoku said:
Ya, betulll…
Kami bukan Ah Long.. kami cuma mahu tolong..
http://www.h2jbiz.comJune 26th, 2009 at 4:09 am -
SB said:
Bro Jai,. kursus korang tu baguzz.., tapi bila nak buat kat Lembah Kelang? Nak join skali. Aku memang gila bila jumpa kursus-kursus macam ni.. . Kalau ada kursus buat selipar jepun pun aku akan pergi,.. tak tahu apsal,.. aku memang suka,.. terutama kalau benda tu baru bagi aku.. Gila ke aku ni??..
P.S : Teringin nak ambil gambar dengan bro SK
P.P.S : Ilmu yang kita ada hanya sekelumit sahaja, terlampau banyak sebenarnya yang masih kita tidak tahu.June 27th, 2009 at 12:36 am