Kenapa Takut Hendak Jadi Usahawan?
- 7 Comment
Akhirnya, dapat juga saya publish post ini hari ni, yang sepatutnya saya publish 3 hari lepas. Kelewatan ini bukanlah disebabkan saya bersedih di atas kematian Michael Jackson, tetapi sedikit sibuk untuk buat persiapan mendapatkan tender bidang pengangkutan daripada sebuah institusi kewangan yang terkenal di negara kita ini (tuan-puan, tolong doakan saya dapat tender tersebut ye,.. amin!).
Semasa saya berbincang dengan sahabat saya ini, seorang usahawan yang berjaya dan seorang idola bagi saya, berkenaan dengan tender tersebut, beliau turut menyelitkan tentang keikhlasan, tanggung-jawab di dunia ini dan kehidupan di akhirat. Begitulah sucinya hati beliau ini, Hj Wan, seorang usahawan Islam yang berjaya dan tidak lupa diri. Dalam hati saya berkata, “Berapa ramailah agaknya usahawan yang memiliki kewibawaan dan bersifat murni seperti dia ni?”. (Insyaallah, kalau ada kesempatan saya akan buat satu post tentang kisah kejayaan beliau).
Baiklah… “Kenapa Takut Hendak Jadi Usahawan?”
Ramai orang yang sedang bekerja, bercita-cita hendak menjadi usahawan, hendak ada syarikat sendiri, hendak ada perniagaan sendiri. Termasuklah saya dulu. Ada yang terus membuat plan tindakan dan terus menjalankan perniagaan mereka samaada bermula secara sepenuh masa atau secara sambilan. Dan ada juga yang masih teragak-agak, masih lagi berangan-angan sampai sekarang. Mereka ini hendak jadi usahawan, tapi tidak jadi-jadi juga sampai sekarang. Masih takut!!..
Kenapa ini berlaku? Salah satu faktor yang sering dimomokkan ialah faktor comfort zone atau “zone selesa”. Saya secara peribadi tidak berapa setuju dengan istilah tersebut. Ini akan saya kupas dengan lebih lanjut dalam coretan saya akan datang. Oklah,.. buat masa ini saya guna sahajalah istilah zone selesa ini.
Mereka yang merasakan mereka ini di dalam zon selesa takut untuk melakukan anjakan paradigma. Takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Takut untuk menjadi usahawan walaupun selalu berangan-angan hendak ada syarikat sendiri dan hendak ada perniagaan sendiri. Mereka merasakan pendapatan mereka sebagai pekerja sudah selamat, stabil, dapat gaji tetap tiap-tiap bulan. Mereka merasakan jawatan mereka itu sudah memadai. Maka teruslah mereka bekerja, walaupun dalam hati mereka membara hendak bekerja sendiri.
Ada juga yang tahu dan sedar, pendapatan mereka ini tidak cukup. Baru setengah bulan, gaji dah habis. Ada
sesetengah tu, baru dapat gaji setelah tolak duit sewa rumah, tolak duit kereta, tolak bil itu - bil ini, tinggallah RM150. Macam mana nak hidup sampai hujung bulan? Nak belanja awek lagi. Tak payah cakaplah pasal nak hantar duit ke kampung. Silap-silap, emak di kampung hantar duit kepada dia balik.
Mereka rasa mereka perlu lakukan sesuatu. Tapi hendak buat apa ya? Berniaga? Boleh untung ke? Nanti takut yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran. Perasaan takut lagi. Takut! Takut! Takut!. Kata tak cukup duit? Kata hendak buat duit tambahan? Jadi, cubalah sekarang. Rancang elok-elok. Belajar. Tanya orang. Cari peluang. Jangan lupa, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!. Kalau tidak dicuba macam mana kita tahu hasilnya.
Boleh untung ke berniaga ni? Ehh.. kalau tak untung takkanlah banyak gerai-gerai di tepi-tepi jalan tu. Kalau tak untung, takkanlah ramai orang Indonesia buka kedai makan, kedai jamu dan jual buah di negara kita ini. Kalau tak untung, takkanlah orang-orang Siam jadi tukang masak di kedai makan Tom Yam tu. Kalau tak untung, takkanlah orang boleh jual jam dan cermin mata hitam berharga RM9.90 di dalam kompleks membeli-belah. Sekarang ni jual selipar pun ada (cuba pergi tengok dalam Kompleks Jusco Seremban 2). Pembelinya??.. Anda juga, yang kata tak cukup duit tadi tu. Kenapa tak anda sendiri yang jadi penjual. Kan dah dapat duit tambahan?
Hah.. ini soalan favorite. Beberapa hari yang lepas pun saya dapat e-mail tentang soalan yang sama. Hendak jadi usahawan apa? Hendak berniaga apa? Ini juga antara faktor yang menyebabkan orang takut hendak jadi usahawan. Kalau tidak tahu memanglah takut. Kena belajarlah. Belajar tidak semestinya kena pergi kursus, bayar ribu-ribu. Pergilah bersembang dengan orang-orang yang sedang menjalankan perniagaan mereka. Belajarlah sikit-sikit dari mereka ini. Kalau hendak lebih cepat lagi, kerja sambilan dengan mereka. Belajar selok-belok perniagaan mereka.
Sebelum itu, kenali diri anda, apa minat anda, apa kelebihan anda. Carilah perniagaan yang bersesuaian dengan anda. Jika minat anda bahagian perkhidmatan dan suka berjumpa pelanggan, anda boleh buka kedai dobi ke, ejen insuran ke dan sebagainya. Jika anda suka berniaga makanan, bukalah kedai makan. Satu perkara penting yang saya ingin tekankan di sini ialah, walau apa pun yang anda lakukan, kecil atau besar, berfikirlah sebagai seorang usahawan. Seorang usahawan yang berjaya ialah usahawan yang berfikir, merancang dan mengaplikasi. Kemudian review segala usaha anda dan fikir bagaimana hendak meningkatkan prestasi anda.
Soalan favorite yang kedua. Mana hendak cari modal ni? Saya tidak ada duit, macam mana hendak berniaga? Nanti, kalau buat pinjaman, rugi nanti macam mana nak bayar hutang? Takut lagi!.. Baiklah,.. kalau modal kecil berniagalah secara kecil dahulu dan kembangkan perniagaan anda kemudian. Sekali lagi, berfikirlah
sebagai seorang usahawan. Janganlah berfikir bagaimana hendak ambil franchise Mc Donald yang menelan belanja lebih daripada RM1 juta. Kalau ada duit tak apalah.
Ada tak perniagaan yang tidak ada modal? Jawapannya tidak ada. Paling tidak sedikit modal mesti perlu ada. Hendak berniaga apa kalau tidak ada modal? Paling tidak perlu sedikit wang untuk buat promosi, duit minyak motor untuk perjalanan, duit minum dan sebagainya. Kalau tidak ada duit langsung, simpanlah sedikit-sedikit dahulu, atau pinjam dengan adik-beradik, jangan pinjam dengan along sudah la.. .
“Ok lah.. bang,. saya ada sedikit modal dalam RM1,000. Apa bisnes boleh saya buat?”.
Sebenarnya ada beberapa model perniagaan yang boleh anda buat dengan modal kecil. Baiklah, hari ini saya kongsikan dengan anda 2 model perniagaan yang memerlukan modal yang rendah.
Pertama ialah anda boleh menjadi Usahawan Tuisyen. USAHAWAN Tuisyen?? Ya.. usahawan tuisyen. Anda boleh mengembangkan kerjaya daripada cikgu tuisyen (walaupun secara part time) sehingga menjadi usahawan tuisyen yang berjaya. Inilah yang dilakukan oleh sahabat saya, Master Yus. Beliau bukan sahaja mengajar tuisyen, tetapi mempelopori industri keusahawanan tuisyen. Beliau juga memberi khidmat membantu sesiapa sahaja, saya ulangi,.. sesiapa sahaja (tidak semestinya cikgu) untuk menjadi usahawan tuisyen. Modal rendah, hanya untuk bayar kursus bagaimana hendak menjadi usahawan tuisyen (RM250), modal untuk publisiti dan modal beli buku-buku yang semuanya kurang daripada RM600.
“Tapi saya bukan cikgu?. Saya tidak tahu silibus apa yang diajar sekarang?” Tak apa, bukan cikgu pun boleh. Ada caranya. Kena pergilah belajar daripada orang yang pakar seperti Master Yus. Cuba anda bayangkan, satu subjek mengajar tuisyen RM40. Satu hari ajar 3 jam. Seminggu hanya mengajar 5 hari. Sebulan 4 minggu.
RM40 X 3 jam X 5 hari X 4 minggu = RM2,400 sebulan. Sabtu & Ahad cuti. Kerja 3 jam sahaja sehari. Best kan!!. Bandingkan dengan gaji anda sekarang yang kerja 9 jam sehari. Atau cuba anda campurkan gaji dan duit tuisyen anda, berapa pendapatan anda sebulan? Lu fikirlah sendiri!!.. (pinjam ayat power Nabil). Dan anda boleh mengembangkan model perniagaan ini sehingga menjadi seorang usahawan tuisyen yang berjaya.
Model kedua: Menyediakan perkhidmatan seperti memperbaiki rumah atau peralatan rumah. “Tapi bang,.. saya mana tahu buat benda-benda tu bang?”. Saya kata menyediakan PERKHIDMATAN.
Baiklah, saya bagi contoh. Pernahkah anda dapat kad-kad kecil yang diletakkan di dalam peti surat anda tentang khidmat memperbaiki kebocoran paip (kerja plumbing), atau service aircond? Pernahkah anda lihat iklan yang ditampal di tiang lampu atau pokok-pokok di tepi jalan tentang service yang sama? Tahukah anda yang mereka ini sebenarnya tidak mempunyai pekerja untuk memperbaiki rumah atau aircond anda? Model perniagaan ini saya belajar sendiri dari orang Cina.
Operasi perniagaan mereka seperti ini. Katakanlah kerja service aircond. Mereka akan berbincang dengan beberapa syarikat kontraktor kecil dan buat perjanjian. Tugas mereka hanya mencari pelanggan dengan cara menghantar kad-kad tadi ke peti surat di kawasan perumahan atau dengan menampal iklan di pokok dan tiang lampu. Pelanggan akan menghubungi mereka. Kemudian mereka akan menghubungi kontraktor-kontraktor mereka. Mereka akan mendapat komisyen sehingga 30% dari caj yang dikenakan.
Modal mereka hanyalah buat iklan, edar iklan dan telifon. Itu sahaja. Yang paling besar untungnya ialah kerja plumbing. Kalau setakat sumbat biasa, boleh mencecah RM400 sekali service. Anda akan mendapat RM120 (30%) setiap kali service. Kalau kena buat “water proofing” sebab lantai bocor, caj kepada pelanggan sehingga RM1500 dan mungkin lebih. Komisyen anda ialah RM450 (30%). Cuba bayangkan anda dapat 20 projek sebulan. Sekali lagi, “Lu fikirlah sendiri”.
Nampak macam kerja “bodoh” sahaja kan. Kira sebulan boleh dapat berapa? Cuba tengok sekeliling anda. Berapa banyak rumah yang ada? Kalau 1% sahaja menghubungi anda pun anda sudah mewah. Kerja anda hanya promosi, promosi dan promosi perkhidmatan yang anda sediakan. Susah juga ke? Besar sangatkah modalnya? Kemudian fikirkan cara untuk mengembangkan perniagaan anda. Akhirnya, anda akan memiliki sebuah syarikat sendiri yang hanya menyediakan perkhidmatan ini.
Sekarang, cuba bandingkan dengan gaji seorang pengurus. Gaji seorang pengurus dalam lingkungan RM5,000 + pressure + balik ofis lambat + tension + masalah syarikat + trafik jem (ini kira pakej lengkap seorang pengurus lah ni). Hah.. anda bandingkanlah. Yang mana satu pilihan hati anda. Hendak menjadi seorang pengurus yang bergaji RM5,000 bersama dengan pakej-pakejnya sekali atau menjadi seorang usahawan syarikat yang menyediakan perkhidmatan plumbing. Macam mana? Ok ke? Ke masih takut lagi?
Jangan takut untuk menceburi dunia keusahawan.

P.S : Jangan lupa baca peringatan penting dari PUNB pasal kes penipuan dalam artikel saya sebelum ini bertajuk “Kenapa Gila Sangat Hendak Jadi Usahawan”
P.P.S : Tajuk akan datang ialah “Benarkah Anda Dalam Comfort Zone?”. Jangan lupa baca ya!!..
|
AMARAN KERAS : Sini Bukan Tempat Usahawan Gila |
7 Comments on this post
Trackbacks
-
kisahsensasi said:
hmmm…. kena cari dulu kelebihan yang boleh dikomersialkan….
June 29th, 2009 at 11:10 am -
mangkuk.com said:
salam: hehehe tuan tanah wat bisnes ape yer?? yup tol ape yang tuan tanah ceritakan…menjadi usahawan tidaklah memerlukan modal yang besar.kalo rs nk untung bsr..bsr jgklah modalnya.. jadi mengapa tidak memilih untuk menjadi usahawan..NABI MUHAMMAD sendiri berniaga.. drpad menolong hingga lah menjadi tauke..apa yg aku nk katakan bidang usahawan ni mmg best..selamat datang kepada sessiapa yang baru menceburi bidang ini…wassalam..
June 29th, 2009 at 11:53 pm -
SB said:
Saya bisnez apa?.. Antaranya boleh dilihat dalam page “About”.
Jom kita terus menggilai dunia keusahawanan.
July 1st, 2009 at 11:19 am -
SB said:
Berkenaan dengan modal besar - untung besar dan modal kecil -untung kecil, ada kebenarannya dan ada yang kurang tepat.
Ada juga perniagaan yang modal sehingga RM150,000 untuk ambil satu perniagaan franchise (ini kisah benar,.. maaf franchise tersebut tidak boleh dipapar di sini), tapi untung bulanan dalam lingkungan RM2,000 sebulan.
Cuba anda bandingkan dengan kisah guru tuisyen atau cerita usahawan menyediakan perkhidmatan plumbing tadi. Modal rendah, tapi untung lebih tinggi daripada franchise tersebut. Risiko pun amat rendah.
Pilihan di tangan anda.
July 1st, 2009 at 11:27 am -
Afyan said:
Salam hormat,
Apabila bercakap tentang bisnes, tidak dapat lari daripada perkataan risiko. Itu yang menyebabkan orang (baca: Melayu) takut.
Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah apabila usaha menjalankan bisnes diperkecilkan pula oleh orang lain.
Saya sendiri pernah mengalaminya ketika mula-mula berjinak dalam bisnes. Kalaulah telinga say adiperbuat daripada plastik, tentu sudah cair mendengar kritikan, dan kutukan.
Huhu…
July 1st, 2009 at 11:09 pm -
SB said:
Buat dek aje jika orang perkecilkan bisnes kita. Eii.. jadi Nik Aziz pun orang perkecil, jadi Mahathir pun orang perkecil. Habis kita nak jadi siapa kalau takut orang perkecil?
Saya akan sentuh pasal ni dalam coretan saya akan datang, dalam tajuk “Ibu Mertuaku Gila Darjat”, aa.. lebih kurang macam tu lah tajuknya.
Pasal risiko jangan takut. Ada bisnes risiko rendah, ada bisnes risiko tinggi. Jadi anda boleh buat pilihan sendiri. Antara bisnes risiko rendah ialah seperti bisnes yang tuan buat sekarang tu lah.. baguzz bisnez tu!
July 2nd, 2009 at 3:09 am -
Maizul Store said:
Bagus artikel yang di kongsikan di sini. Mengenai tuisyen memang bagus kalau kene gayanya cuma jangan salah ajar ikut format sudahlah. Bagi mereka yang memang panel pemeriksan kertas peperiksaan mamang tau format2 permarkahan terkini dan juga di terima pakai untuk tahun tersebut & ianya akan berubah dari masa ke semasa.
July 4th, 2009 at 8:08 am